Thursday, September 10, 2009

kursus pengenalan blog 10/09/2009


norma
Ratna
helmi
zoomzaini
noraini basri h
joseph
iskandar
taibpsp
ajestuah
ivy
linda
kasmini

BANTUAN KHAS AIDILFITRI


KUALA LUMPUR 9 Sept. – Kerajaan mengumumkan pembayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam kumpulan sokongan bagi membantu mereka menghadapi Aidilfitri dan sesi persekolahan akan datang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataannya di sini hari ini berkata, bayaran itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 sebelum Aidilfitri dan bakinya pada Disember ini.
Menurutnya, bantuan khas kewangan itu akan memanfaatkan 860,000 kakitangan awam dalam kumpulan tersebut.
“Implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran tersebut adalah sebanyak RM430 juta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Perdana Menteri menambah, keputusan itu diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan itu terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persediaan persekolahan hujung tahun ini.
Baru-baru ini, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) merayu kerajaan menimbangkan ‘duit raya’ atau bonus kepada penjawat awam dalam pengumuman Bajet, Oktober ini.
Menurut presidennya, Omar Osman, pihaknya bersetuju jika Elaun Sara Hidup (COLA) tidak dapat dinaikkan memandangkan keadaan ekonomi yang lembap ketika ini.
“Tetapi tetapi kita harap biarlah dalam musim perayaan nanti kira-kira 1.2 juta penjawat awam di negara ini menikmati ’duit raya’,” katanya.
Malah, Omar dilaporkan memberitahu, perbincangan mengenai bonus itu telah diadakan menerusi dalam mesyuarat tertinggi kongres tersebut dan dibincangkan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Tahun lalu, dua juta kakitangan awam negara ini menerima bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 dalam pembentangan Bajet 2009 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Perutusan Nuzul Al-Quran


Pertamanya, kita memanjat kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana di atas taufik dan inayahNya dapat kita menyambut Ramadhan al Mubarak serta sambutan Nuzul Al-Quran pada tahun ini dalam keadaan aman, kesederhanaan dan penuh kerahmatan. Sesungguhnya, kitab suci Al-Quran telah diturunkan pada 17 Ramadhan, bersamaan dengan 6 hari bulan Ogos tahun 610 Masihi. Allah S.W.T. telah meletakkan Al-Quran sebagai Huda li al Nas, iaitu petunjuk kepada seluruh umat manusia, tanpa mengira bangsa dan keturunan. Ini bertepatan dengan Firman Allah S.W.T. dalam Surah al-Baqarah, Ayat 185 yang bermaksud:



"Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah..."



Penurunan Al-Quran ini bukan sahaja untuk mengajar manusia supaya menunaikan ibadah khusus seperti solat dan berpuasa. Malahan, Al-Quran juga mengajar manusia supaya mendahulukan berbuat baik sesama manusia, mengutamakan semangat perpaduan dan menghayati semangat silaturrahim. Justeru, dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, saya percaya majoriti rakyat tetap cintakan perpaduan, perdamaian dan keharmonian serta saling menerima keunikan kaum lain seadanya. Ironinya, sambutan ini akan memberi impak positif ke arah kesejahteraan rakyat dalam menjana keutuhan perpaduan nasional sesama kita.Iktibarnya, umat Islam perlu berusaha dengan tuntas mengtransformasi isi kandungan Al-Quran dengan semaksimanya bagi menggalakkan pembudayaan ilmu dan kajian inovasi Al-Quran untuk memahami dan mengaplikasi setiap ajaran yang dituntut secara total dan holistik. Ini perlu diinisiatifkan leh para tokoh ulama, ilmuwan dan saintis Islam demi kepentingan umat Islam yang banyak didepani pelbagai permasalahan baru dan isu berkaitan Islam semasa, syariah, perundangan, perubatan, ekonomi dan sebagainya.Budaya ilmu yang merupakan salah satu nilai aspirasi 1Malaysia adalah teras kepada kehidupan manusia sehingga ayat Al-Quran yang terawal diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah berkaitan dengan sumber dan kaedah ilmu, sebagaimana firman Allah dalam surah al-‘Alaq ayat 1 hingga 5 yang bermaksud:



"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."



Dalam konteks ini, penekanan budaya ilmu menerusi Al-Quran ini juga menunjukkan Islam sangat menitikberatkan kepada kemajuan dan penghayatan ilmu pengetahuan. Ianya telah mencipta tamadun besar yang telah memberi impak amat bernilai terhadap perkembangan ilmu pengetahuan dan kesejahteraan dunia serta umat sejagat. Sumbangan Islam dalam bidang intelektual begitu terserlah sehingga berupaya melahirkan tokoh-tokoh ilmuwan unggul dalam pelbagai bidang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.Jelaslah bahawa Kitab Suci Al-Quran adalah sebagai sumber ilmu dan ketamadunan yang unggul untuk membina kekuatan dan mengangkasa umat sebagai Khaira' Ummah, iaitu umat terbaik yang hidup bersatupadu dan mampu menakhoda zaman di bawah kesepakatan gagasan 1Malaysia. Pengakhir kalam, marilah kita bersama-sama menyambut Nuzul Al-Quran dengan satu tekad dan satu azam untuk menjadi umat cemerlang yang boleh menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan Negara. Jadikanlah Al-Quran sebagai pedoman hidup untuk meningkatkan ketakwaan kita dalam mengharungi gelombang dan lautan kejayaan di dunia dan di akhirat.